TENTUKAN PRIORITI ANDA. GUNA PETUA ABC.
TUGASAN A: MESTI DIBUAT SECEPAT MUNNGKIN
Selepas selesai pelaksanaannya, ia dapat memberikan keuntungan yang besar. Sebaliknya apabila ditinggalkan, maka ia boleh membawa kesusahan atau kerugian. Kesegeraan (urgency) adalah penting diberi perhatian dalam tugasan A.
TUGASAN B: PATUT DILAKUKAN TETAPI BUKAN DENGAN KADAR SEGERA
Ia penting, tetapi tidak sepenting tugasan A. Ia boleh ditangguhkan, tetapi tidak terlalu lama. Bahkan dalam beberapa waktu kemudian, tugasan B boleh bertukar menjadi tugasan A.
TUGASAN C: BOLEH DIKETEPIKAN SEMENTARA
Tanpa memberikan kesan yang begitu besar. Anda boleh "bertolak ansur" dengan kesan dan akibat jika terpaksa mengabaikannya. Anda juga boleh melambatkan tugasan ini kerana ia tidak mempunyai tarikh akhir. Kalau ada yang mempunyai tarikh akhir, jaraknya masih jauh lagi. Namun, tugasan C boleh bertukar menjadi tugasan A dan B apabila tarikh akhir semakin sampai.
AHMAD FADLI YUSOP-ROFESSIONAL TRAINER DI RK TRAINING & MANAGEMENT